::green love blue::
hover the image !
hye welcome to my world..hope you enjoy this..this is my seconde skin n don't remove the credit ..

Entries About Linkies
Tagboard!

Put your CBOX codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Template: miera elena
credit: afiqah
Others:   



beast..wow


Bukan hanya setakat terpesona dengan pada nyanyian dan tarian mereka, namun hampir 5,000 penonton turut terpukau dengan aksi jenaka spontan Beast sewaktu 6 jejaka kacak ini mengadakan konsert pertama mereka di Sunway Lagoon Surf Beach, Sunway Lagoon pada malam Jumaat lalu.

Malah, peminat yang rata-ratanya anak gadis tempatan seperti seolah-olah bermimpi kerana keenam-enam anggota Beast yang dibarisi oleh Yoon Doo Joon, Jang Hyun Seung, Lee Gi Kwang, Son Dong Woon, Yang Yo Seob dan Yon Jun Hyung ini cuba untuk berkomunikasi dengan penonton dalam bahasa Melayu.
Lebih menyeronokkan, Yang Yo Seob yang diberikan nama Melayu iaitu Yusof oleh peminat tempatan adalah satu-satunya anggota Beast yang serba tahu tentang Malaysia. Misalnya, apabila diminta oleh pengacara pada malam itu iaitu Owen Yap yang juga personaliti 8TV untuk menyebut beberapa nama dalam bahasa Melayu, dia yang lebih dulu menjawab.

Antara perkataan yang disebut Yang Yo Seob adalah aku cinta padamu, nasi lemak, laksa, satay dan terima kasih. Bagaimanapun, dia turut dibantu oleh rakan-rakannya. Namun, sebutannya dalam bahasa Melayu adalah paling jelas sekal jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.

Pun begitu, sesi perkenalan telah dimulakan oleh Yong Jun Hyung terlebih dulu dengan menggunakan ayat "Nama Saya....". Ia membuatkan penonton berasa tak kering gusi kerana pelat Koreanya memang cukup pekat sekali.

Diikuti dengan anggota Beast yang lain termasuklah ketua kumpulannya, Yoon Doo Joon yang telah menyambut hari lahir lebih awal pada malam itu walaupun hari lahirnya sebenarnya jatuh pada tanggal pada 4 Julai 2011. Yoon Doo Joon juga lebih kreatif apabila menambah perkataan 'Apa Khabar' pada sesi perkenalan tersebut.

Apapun, persembahan pertama mereka menerusi lagu pembukaan iaitu Special seakan tidak bersedia serta kurang bertenaga. Pun begitu, ianya telah diselamatkan oleh semangat dan jeritan dari penonton yang rata-ratanya asyik menjerit nama mereka serta memanggil mereka dengan panggilan Oppa (abang).
Begitupun, beast pula menampilkan persembahan kehebatan dari segi vokal dan tarian mereka, saat mereka membawakan lagu Soom, Shock, Beautiful, Rainy Day, Fiction, Oasis dan I Like You Mostly .
Tambah menarik lagi, sewaktu segmen bersama peminat, 6 jejaka ini telah mengundang 6 gadis yang bertuah untuk bermain boling kanak-kanak di atas pentas. Di antara 6 gadis bertuah tersebut, 2 daripadnya adalah berbangsa Melayu yang mana salah seorang daripadanya adalah wanita tudung bernama Qasih.

Digandingkan Qasih, Yo Seob dikatakan begitu teruja melayan waniat tersebut. Sehingga Owen menggelar mereka sebagai pasangan kekasih. Malah, ada suara-suara cemburu yang berbisik di bawah pentas takala melihat kemesraan mereka. Sehingg ada yang menggelarkan mereka pasangan yang sesuai berlakon dalam drama Nur Kasih.

Sepanjang segmen bersama peminat ini, Song Dong Woon dan Yoon Doo Joon juga begitu pandai memikat hati peminat terpilih berkenaan. Apa yang penting, seorang lagi peminat Melayu yang digandingkan bersama Son Dong Woon telah berjaya membawa pulang hadiah berupa penyegar udara bernilai RM1,500 yang ditaja oleh MBI International.

Untuk 5 peminat yang lain pula, mereka telah menerima telefon bimbit sumbangan MBI International yang mana hadiah tersebut telah disampaikan oleh kesemua ahli BEAST. Apa yang pasti, kehadiran BEAST kali ini adalah bersempena dengan program The First Beast Fan Meeting Asia Tour 2011 anjuran MBI International bersama FlyerVision Entertainment & Star Planet. Beast sekali lagi dijangka akan hadir ke Malaysia pada 24 Julai 2011 ini bersempena MTV World Stage 2011.